Friday 18 April 2014

YAKINLAH DENGAN REZEKI ALLAH

Dah lama saya nak tulis entri ni..tapi, setiap kali nak siapkan entri ni, macam tak feel nak siapkan..simpan dalam draf berkurun lama..paling sadis, dapatlah 1 perenggan..but this time around, nak tulis kasi habis..sebelum tuan/puan teruskan membaca entri ini, istighfar dulu..bersihkan kolam hati..supaya apa yang dibaca diterima dengan hati terbuka dan seterusnya muhasarawak kan diri..baca dengan positif, dapatlah hasil positif..klu baca nak berkelahi, bring it on sista!!!

entri ni macam nak smash orang pun ada sebenarnya..tapi saya lebih suka guna perkataan 'tegur'..ya, saya nak tegur semua orang yang membuat perniagaan sealiran, seangkatan dengan saya..samada offline atau online..teguran kali ni memang panas berapi juga..sama panas nya dengan orang yang mencetuskan kemarahan kami..

ikut kan hati nak jer saya tampal muka suria menerangi cahaya tu kat sini..dan semua tomahan dan fitnah yang dia buat..tapi saya tak gamak pulak nak mengaibkan dia..kalau saya buat macam tu, maka standard saya dengan dia sama!3rd class..maaf, saya terkasar bahasa..

apa pun perniagaan yang kita ceburi, waima jual sebatang pen pun, perlu ada adap dan etika..alhamdulillah, dah 4 tahun saya buat bisnes ni, syarikat tak pernah buat kelas yang memburuk-burukan produk orang..syarikat tak pernah upah model pakai produk orang dan compare dengan produk keluaran syarikat dengan niat jahat memfitnah secara sembunyi2 atau pun terang-terangan..dan setahu saya, jarang agent memburuk2 kan produk orang lain untuk melariskan produk jualan..kalau ada pun, kes2 terpencil..TAPI, ni nak bagitau, agent2 produk yang satu ni, dari dulu, kini dan selamanya, suka memburuk-buruk kan produk orang, kata mudah suka buat FITNAH semata-mata nak melariskan produk dia..

walaupun hamba Allah ni tak sebut jenama barang, tapi jelas dia merujuk kepada jenama apa..sangat jelas..mungkin dia ni lupa bahawa produk yang saya jual ini telah bertapak di Malaysia 20 tahun dan diiktiraf oleh 60 buah negara..dia lupa yang perbuatan dia boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa dan boleh didakwa..saya bersangka baik..mungkin agent ini tidak dididik dengan baik oleh syarikat dia..mcm saya sebut tadi, syarikat ni, modus operandi dia, dari dulu lagi memfitnah produk orang lain..itu sebab sampai sekarang produk dia tak boleh saing dengan produk yang saya jual..

apa lah yang saya mengarut2 ni eh..tak paham cerita?al-kisah, hamba Allah ini memburuk-buruk kan korset PREMIUM BEAUTIFUL..macam2 dia kata..hemokkk..galak sungguh aihhh..kalau dia cakap perkara yang benar tak apa..memang dia ni dasar tak takut api neraka..sewenang-wenangnya dia memfitnah..hey kamu, kamu dan kamu yang mungkin entri ni terkena pada batang hidung kamu, ini jawapan balas saya kepada FITNAH yang kamu buat..

1) kamu FITNAH mengatakan korset hitam (PB lahtu..apa lagi) tidak selesa dipakai dan kamu tunjuk model betapa 'ketatnya' PB sampai susah nak bernafas dan sampai tersembul2 lemak..dan memberikan imej bahawa PB memang terlalu menyeksakan..astarghfirullah..geleng kepala saya bila tengok gambar yang awak tunjuk tu..mcm nilah, pakai korset apa pun, yang 3 pieces ke, 5 pieces ke, yang mcm jumpsuit ke, apa pun, korset mestilah dipakai SELESA..yang membeza kan satu jenama kepada jenama yang lain adalah KUALITI dan after sale service..zaman2 penjajah dlu je diorg pakai korset ketat2..zaman sekarang takde dah aihhh..jadi, bila awk fitnah PB mcm tu, saya rasa, saya bertanggungjawab untuk betulkan apa yang awak bohong tu..jadi, hentikan fitnah yang awk sebar tu..tak takut dosa ke?saya nak fitnah korset awak pun boleh tau..sy cari korset saiz paling kecik dan pakaikan kat orang paling gemok..supaya dapat efek lemak tersembul dan tak bernapas tu..senangkan nak buruk kan produk awak?

2) kamu FITNAH lagi kononya susah nak ikat tali..haa??ikat tali??ya Allah..memang kamu tak tahu apa itu PREMIUM BEAUTIFUL..kesian betul lah kamu ni..tali waist nipper tu tinggal tarik je..tak payah kamu susah2 nak sulam2, nak ikat macam tali kasut tu..tak payah..tali tu pun memang tak boleh cabut..tujuan tali itu ada pada waist nipper adalah untuk memudahkan pemakai untuk adjust..nak ketat atau nak longgar..PB sangat memahami keperluan wanita..bila hormon wanita tak stabil, ada wanita perutnya boncit mcm ada gas/angin..so, waist nipper boleh dilonggarkan dengan mengalihkan cangkuk waist nipper atau longgarkan talinya..yelah..saya tak salahkan kamu..sebab kamu tak pakai PB..jadi kamu tak tahu betapa mudahnya pakai PB..nampak tali jer dah kata susah nak pakai..hakikatnya, tali tu lah yang seksi..ramai suami mengakui, waist nipper yang dikenakan oleh isteri buat pinggang isteri ramping dan tali yang dilihat dari belakang sangat seksi..buat cik abg gewrammmmmsss..hehehe

3) kamu libatkan susahnya pakai PB dengan kain pelikat..ok..this make me laugh..hahahaha..Allah..dah takde modal nak kutuk produk orang, kain pelikat pun jadi mangsa..setahu saya, nak pakai pakaian dalam apa pun, mesti berkemban..waima pakai baju dalam biasa..selain menutup aurat sebelum memakai pakaian dalam, berkemban membantu wanita untuk pusingkan pakaian dalam (especially wanita yang mencangkuk baju dalam dari depan)..aku tak tau pulak korset ko kne pakai secara berbogel kan..ekekeke..tak malu betul..kain pelikat/kain batik tak jadi isu sebenarnya..kain pelikat/kain batik digunakan untuk berkemban..untuk memudahkan memakai longbra PB..klu pakai terus, nanti susah nak pusingkan..sakit kne kulit..even pakai bra biasa, especially yang ada besi tu, klu pusingkan direct kne kulit, sakit..so, berkembanlah..pakai atas kain kemban mudah nak pusing..itu je..takde isu ketat lah..takde sape aihh suh pakai bra atau korset ketat2..haihhh..

4) seterusnya kamu FITNAH kata korset PB menyiksakan pakai hari2 dan korset kamu tak perlu pakai hari2..pakai bila perlu sahaja..ok..kat sini je kita boleh nilai sendiri dimana PB adalah korset unik bukan untuk tujuan KECANTIKAN sahaja..malah untuk KESIHATAN..ya, PB direka untuk 30% kecantikan 70% kesihatan..sebab kesihatan lebih penting dari kecantikan..bila sihat, cantik akan datang dengan sendiri..bila kamu fitnah mcm ni, kamu buka pekung kekurangan produk kamu sendri..korset kamu untuk cantik sahaja..bayar mahal2 untuk cantik sahaja???owhhh my..saya tak tau lah kalau kamu jaga kesihatan kamu bila perlu sahaja..tapi kami yang pakai PB jaga kesihatan hari2..untuk membentuk semula kontor badan atau menyelesaikan masalah sakit belakang, PB sesuai dipakai setiap hari..selesa..lebih 8 jam pakai pun tak terasa..unless kalau kamu pakai korset dengan cara yang salah (cara yang cuba difitnah oleh hamba Allah ni) pakai 5 minit dah rasa nak buka..badan kita ni macam bunga dalam pasu..bila hari2 pakai PB, badan akan terbentuk mengikut 'acuan' yang kita pasangkan pada badan..ramping, melentik habis..kalau pakai korset untuk masa2 tertentu, bila masanya nak ramping???bila masanya nak dapat badan yang cantik..bunga yang lama dalam pasu, pasu pecah, tanah masih keras, cantik terbentuk ikut bentuk pasu..klu tak pakai secara konsisten, pakai bila perlu, itu yang badan tak terbentuk langsung..gelebeh je..bila pakai korset je lah cantik..bukak korset tengok???wahaaahahaha..suami lari dik..ekeke..tak macam pemakai PB..pakai korset cantik, bila buka korset pun cantik..maintain ramping u...awwww..


5) cubaan memfitnah seterusnya bab alter..yelah..korset dia boleh alter2..caj RM10 jer setiap kali nak alter..betul, PB tak boleh di alter..tapi bukan bermaksud tak boleh alter kne redha ketat..PB ada 3 pieces sahaja..biasanya, wanita akan ada masalah kegemukkan di perut dan biasanya long girdle yang akan ketat dulu..bila ketat, tak boleh sarung, pakai lah waist nipper..waist nipper akan membantu pemakai untuk dapat bentuk badan yang lebih ramping..walaupun pakai waist nipper sahaja, wanita boleh shape balik badan sementara long girdle untuk muat dipakai balik..waist nipper ni bagus untuk buang angin, jaga tulang belakang dan membantu kita untuk diet dan kawal pemakanan..tau tak punca boncit adalah kerana makan dengan banyak dalam satu2 masa???so, waist nipper bantu kita ambil makanan dalam portion yang sesuai..biar makan sikit tapi kerap..perut tak kembang dan kadar metabolisma badan maintain..pakai konsisten 8 jam sehari..dalam 2 minggu, confirm satu set boleh sarung..longbra ada 3 cangkuk dan tali bra yang adjustable..waist nipper pun sama..selain ada 3 cangkuk, siap ada tali untuk stretch lagi besar..tak buang duit nak alter2..klu asik alter, potong cantum, potong cantum, berapa kali jahit, tetas, jahit, tetas, agak2 berapa banyak duit nak labur???berapa banyak bekas jahitan???agak2 selesa ke???u allss pegi alter spender korang beberapa kali..lepas tu pakai..agak2 rasa tak bekas tempat jahitan tu??? 

6) nak mengata org punya korset mahal..haiyooo..dia punya lagi mahal tak sedar diri..sekarang, PB boleh dibeli secara ansuran..dengan harga jauh lebih murah..berkenaan instalment ini akan saya bincangkan dalam entri yang lain 

saya hanya memetik FITNAH besar yang cuba disebarkan..pesanan saya kepada mereka yang mencari makan dengan cara memfitnah produk orang, insaflah..yakinlah dengan rezeki Allah..kalau kamu yakin dengan produk kamu, promote lah kebagusan produk kamu sehingga ke titisan akhir..bukan memfitnah produk orang macam produk awk bagus sangat..jika saya ditanya apa beza produk kamu dengan produk saya, saya akan jawap saya tak tahu tentang produk lawan..saya hanya tau betapa bagusnya produk saya dan itu yang akan saya highlight..pembeli sekarang pandai buat perbandingan sendri..jangan lah bazir tenaga buat dosa..mencari rezeki ni bukan sekadar usaha untuk dapat SEBANYAK yang boleh, tapi nak cari BERKAT..kalau jual 1 set pun tak lepas2, kne muhasarawak diri ya..kalau betul cara (dengan izin Allah), modal 10 set PB boleh habis jual dalam kurang 1 tahun..kalau tak berapa nak betul cara, itu yg nak jual 1 set je, makan 2,3 tahun..fikir dalam2 ya..

ingat lah, kalau kamu 10 kali nak buruk kan produk orang, kami 1juta kali boleh buruk kan produk kamu..kelemahan produk kamu ada dalam tangan kami..malas nak sebut jer..sebab kami ada etika..

*tengok profile pic dia, muka gemok je..tak berani pulak nak letak gambar full body..saya pun boleh fikir sendiri produk dia jual tu berkesan ke tak seperti yang dia canangkan..pastu dia takut, dia blok semua orang yang berkaitan dengan PB..berani kerana benar lah kak..

No comments:

Post a Comment